Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pesan Tok Mat pada Bersatu, usah bercakap soal Perpaduan Ummah dengan UMNO


UCAPAN DASAR PAU 2020, TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Perpaduan  ummah  telah  menjadi  terma  yang  begitu  tular dan  lumrah  kebelakangan  ini. 

Semua pihak  bercakap  mengenainya.  Seolah-olah  ummah telah  berpecah  belah  sehingga  ke  tahap  yang  sangat parah. 

Saya  mempunyai  pandangan  yang  berbeza.  Pada  saya, kedudukan  perpaduan  orang  Melayu  tidaklah  terlalu meruncing.  Sesekali  sudah  pasti  ada  sedikit  kocakan disana  dan  sini.  Itu  lumrah.  Bumi  mana  tidak  ditimpa  hujan.   

Tetapi  secara  umumnya,  perpaduan  orang  Melayu sebenarnya  semakin  mengukuh.  Semenjak  UMNO  dan PAS  menerokai  jalan  perpaduan,  orang  Melayu  dalam kedua-dua  parti  besar  ini  semakin  erat  dan  akrab,  sehingga membuahkan  pelbagai  kejayaan  dalam  beberapa  PRK yang  lepas.  Kita  leraikan  pergeseran  silam,  kita  bersatu atas  nama  Islam  dan  Melayu.   


Namun,  tentu  sekali  kita  akan  melihat  perpecahan  jika konsep  perpaduan  bangsa  Melayu  itu  ditafsirkan  dalam konteks  politik  semata-mata.  Jadi,  janganlah  perpaduan 4ummah  itu,  pada  kita  tidak  lebih  dari  sekadar  parti-parti Melayu  duduk  bersama  dalam  sebuah  perikatan  politik. 

Tafsiran  sebegini  sangat  cetek.  Ini  kerana,  jumlah  orang Melayu  yang  diwakili  oleh  kedua-dua  parti  besar  Melayu sebenarnya  hanyalah  dalam  lingkungan  4  juta  sahaja.   



Sedangkan,  berbelas-belas  juta  lagi  orang  Melayu  di  luar sana  yang  tidak  berparti,  tidak  menyertai  UMNO  dan  PAS, apatah  lagi  PPBM. Namun mereka membentuk sebahagian besar  ummah  yang  kita  sebut-sebutkan  ini. 

Jadi,  seruan  kepada  perpaduan  ummah  mestilah  dibaca dalam  konteks  yang  lebih  besar.  Ia  mesti  benar-benar bertujuan  menyatukan  semua  orang  Melayu.  Merentas ideologi  politik,  merentas  kepentingan  kuasa  dan  merentas status  sosial.   


Ia mesti menjangkaui laba politik  dan  tidak  menjadi  sekadar strategi  untuk  menang  dalam  pilihanraya.  Sedangkan  nasib dan  masa  depan  ummah  belum  tentu  akan  dipedulikan selepas  itu. 

Atas  dasar  itu,  saya  ingin  membuat  penegasan  penting. Bahawa  sebagai  gerakan  yang  telah  lama memperjuangkan  orang  Melayu,  iltizam  UMNO  terhadap kepentingan  ummah  jangan  sesekali  dipersoalkan. 

UMNO  telah  lama  merintis  kesepakatan  bangsa  Melayu, merentas  parti  dan  ideologi,  semasa  menentang  Malayan Union. 

UMNO  telah  terlebih  dahulu  menggembleng  pelbagai usaha  mengumpul  dana,  sokongan  dan  bantuan  orang Melayu,  Cina  dan  India  bagi  merunding  dan  menuntut kemerdekaan. 537.  UMNO memeta, jalan perpaduan pelbagai pihak  dan  kaum, selepas  berlakunya  peristiwa  13  Mei  dan  memulihkan semula  kestabilan  politik  di  Malaysia. 




Setelah  diisytiharkan  haram  pada  1988,  UMNO  terus berupaya  menyatu  padukan  Malaysia  dengan  sokongan pelbagai  parti  komponen.  Malah  masih  terus  memimpin Kerajaan. 

Sewaktu  peristiwa  pemecatan  Timbalan  Perdana  Menteri pada  tahun  1997,  ramai  orang  Melayu  marah  dan menunjuk  perasaan.  Ramai  yang  turun  ke  jalan,  menggila dan  berdemonstrasi.   

Namun,  kerana  matlamat  yang  jelas  dan  kerja  keras, Alhamdulillah,  UMNO  terus  menang  dengan  majoriti  dua pertiga.  Dan  perkara  itu  berlaku  kerana,  UMNO  mempunyai sokongan  dan  keyakinan  pelbagai  lapisan  masyarakat untuk  terus  mengurus  Malaysia. 

Jangan  kita  lupa,  dalam  segala  perselisihan  yang  pernah wujud,  UMNO  tetap  menerima  kembali  Semangat  46  ke pangkuan  perpaduan  bangsa. 

Dan  bila  UMNO  gagal  membentuk  Kerajaan  3  tahun  lalu, UMNO  menghulur  tangan  perpaduan  kepada  PAS sehingga  terbentuknya  Muafakat  Nasional. 

Jadi,  kepada  pemimpin  serpihan  parti  Melayu  yang  baru setahun  jagung  usianya,  usahlah  tuan-tuan  berbicara tentang  perpaduan  ummah  dengan  UMNO.  Bila  tuan-tuan sendiri  tidak  punya  sebarang  rekod  menyatu  padukan bangsa  Melayu  dan  rakyat  Malaysia. 


Jangan  berbicara  tentang  perpaduan  ummah  dengan UMNO,  kalau  tuan-tuan  sendiri  berentap  dengan  mereka yang  sebelum  ini  tuan-tuan  peluk  dan  dakap  mesra. 

Jangan  berbicara  tentang  perpaduan  ummah  dengan UMNO,  kalau  yang  tuan-tuan  tahu,  hanyalah  memancing dan  mengutip  sesiapa  sahaja  yang  pantas  meninggalkan perjuangan  bangsa. Termasuklah  mereka  yang  selama  ini tidak  berhenti-henti  menghina  dan  merendah-rendahkan orang  Melayu. 

Mereka  inilah  yang  sebenarnya  anti  perpaduan  Melayu. Mereka  tidak  pernah  memperjuangkan  sebarang  usaha perpaduan. Sehinggalah  apabila  nyawa  mereka  seperti telur  di  hujung  tanduk,  kelangsungan  parti  mereka  menjadi begitu  getir,  baharulah  mereka  mula  tergagap-gagap bercakap  tentang  perpaduan  bangsa. 

Lebih  menjelikkan,  bila  mereka  yang  meninggalkan  PKR turut  tidak  malu  mahu  bercakap  berkenaan  perpaduan ummah.  Sedangkan  selama  berpuluh-puluh  tahun, perjuangan  mereka  tidak  pernah  sekali  pun  menjurus kepada  kebaikan  orang  Melayu,  apatah  lagi  perpaduan ummah. 

Maka  dengarlah  wahai  seluruh  perwakilan  UMNO  dan bangsa  Melayu.  Saya  tegaskan  dengan  setegas-tegasnya. Bahawa  perpaduan  bangsa  Melayu,  adalah  cita-cita  besar yang  UMNO  telah  dan  akan  terus  dukung  dengan  tegas dan  setia. 

Ia  tidak  akan  kami  lacurkan  dalam  matlamat  politik  yang sempit.  Ia  tidak  akan  kami  leburkan  dalam  perlumbaan kuasa  yang  tidak  cerdik.   


Yang  akan  UMNO  usahakan  adalah,  perpaduan  seluruh bangsa  Melayu.  Yang  berpolitik  atau  tidak,  yang  berparti atau tidak dan  yang  dalam  kerajaan  mahupun pembangkang.  Semuanya  akan  kita  pandang  dan  kita undang.  Rukunnya  hanya  satu,  iaitu  Melayu!.  Semua  ini  mesti  kita  jayakan  dengan  hanya  satu  tujuan. Iaitu  demi  membangunkan  kebingkasan  orang  Melayu. Dan  bukan  untuk  menyelamatkan  mana-mana  individu atau  perikatan  politik  tertentu.   

Dan  saya  tegaskan  juga.  Pada  UMNO,  perpaduan  Melayu bukan  sekadar  mengukuhkan  kedudukan  bangsa  Melayu, tetapi  juga  perpaduan  nasional. 

UMNO  dan  BN  akan  memperjuangkan  perpaduan  Melayu dan  perpaduan  nasional  tanpa  terpisah-pisah.  Ia  bergerak seiring  dan  akan  saling  diperkuat. 

Alasannya  mudah.  Masa  depan  Malaysia  tidak  akan  cerah dan  mencukupi  dengan  jaminan  perpaduan  Melayu  sahaja.   

Tetapi,  jaminan  masa  depan  Malaysia  yang  baik,  harus hadir  bersama  perpaduan  semua  kaum.  Perpaduan  yang saling  berakar,  mengukuh  satu  sama  lain,  demi  Malaysia yang  kita  cintai. 

-TunCarlos