Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Sekarang kita kena clear dan fokus untuk sendirian dalam PRU15 " tegas Ismail Sabri


PUTRAJAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata fokus Barisan Nasional (BN) adalah untuk memenangi pilihanraya ke-15 walaupun bertanding dengan sendirian tanpa PAS dan juga Bersatu.

"Keputusan dah dibuat, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dah buat beberapa keputusan yang pertamanya kita akan menggunakan lambang BN dalam pilihanraya nanti walaupun masa itu kita masih dengan MN, kita setuju akan tetap menggunakan lambang BN." kata beliau ketika dalam temubual bersama UMNO Online.

"Kedua, No PKR No DAP, yang tu jelas. Itu juga keputusan MKT dan hari ini ditekankan secara jelas oleh Presiden dalam kenyataan media mengatakan UMNO tidak akan berunding dengan PKR untuk menghadapi pilihanraya dan juga selepas.


"Ketiga, meneruskan kerjasama dengan Kerajaan PN ini dan terus menyokong sehingga pilihanraya. Itu jelas."

"Seterusnya keputusan MKT adalah kerjasama antara kita dengan Bersatu diputuskan apabila parlimen dibubarkan. Itu clear tiada siapa yang mempertikaikan.

"Kita ni macam cerai taklik. Bila bubar parlimen, jatuh talak. Kita dah menjelaskan daripada awal bahawa hubungan kita terputus secara automatik apabila parlimen dibubarkan.

"Saya harap kita semua kena bertenang sebab ramai pihak yang mahu melihat UMNO berpecah. Keluar satu cerita yang tidak berapa jelas pun kita dah bergaduh. Ianya tidak menguntungkan parti."


"Sekarang ni fokus kita adalah utuk menghadapi pilihanraya sebenarnya. Sebab itu Biro Latihan dan Pengkadiran saya membuat latihan Bangkit 15, ia adalah tujuannya untuk menyediakan parti apabila menghadapi pilihanraya yang kita kata nak cepat.

"Kita kata kita nak cepat, soalannya jentera dah ready ke belum? Sebab itu saya nak sediakan jentera supaya ready supaya sebelum akhir Mei. Supaya tiba-tiba bila ada pilihanraya jentera dah ready.

"Bagi saya yang penting sekarang ni lupakan cerita-cerita yang tidak banyak bawa faedah kepada parti. Fokus memenangi pilihanraya.

"Kalau dalam keputusan (MKT) kita tidak bersama PH, kita pun mungkin tak akan bersama PN sebab kita nak MN. Tapi PAS sudah pun berada dalam PN. Katakan PAS ikut Bersatu kekal dalam PN tak bersama kita. Sekarang kita kena clear fokus kita untuk sendirian dalam pilihanraya. 


"Jadi walaupun kita tidak bersama orang lain pun kita bersendrian kita mesti mampu untuk memenangi kerusi yang kita pertandingkan. 

"Walaupun tugas agak berat, walaupun berlaku 3 penjuru. walaupun berat yang pentingnya masuk pilihanraya tujuan kita adalah untuk menang. 

"Kalau masuk pilihanraya kalah, tidak ada makna kita masuk untuk kalah. Itu sebab kita mesti siapsagakan diri mengenepikan perkara kecil-kecil yang tidak menguntungkan parti malah memecah belahkan parti. Kita fokus kepada pilihanraya.

"Kalau setiap kawasan Parlimen dan setiap kawasan DUN difokuskan sekarang ke arah pilihanraya, saya percaya kita boleh menang. Akhirnya kita boleh menguasai kerajaan di negeri dan Parlimen." ujarnya.

Beliau juga membayangkan pilihanraya akan berlaku pada bulan Oktober tahun ini iaitu selepas habis darurat pada bulan Ogos.

-TunCarlos