Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak betul tuduhan kecewa dengan Bersatu kerana tidak diberi jawatan -Tok Mat


Beberapa hari ini ada beberapa pihak yang menuduh bahawa ada pemimpin UMNO kini yang kecewa dengan hubungan UMNO Bersatu kerana tidak diberi jawatan di dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini bekas Setiausaha Agung UMNO merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah membuat tuduhan berikut kerana tidak berpuas hati berikutan semakin banyak desakan dari UMNO mahu memutuskan hubungan dengan parti Bersatu yang kini dominan dalam kerajaan PN.

Menjawab tuduhan itu semasa temubual bersama UMNO Online malam tadi sempena menjelangnya Persidangan UMNO pada Sabtu ini, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata perkara itu adalah tidak benar sama sekali.


Hakikatnya Timbalan Presiden UMNO itu juga telah ditawarkan menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada tahun lalu dan beliau menolaknya.

"Nampak saya seorang yang kecewa? so how can you say orang yang tak dapat jawatan kecewa?" soal beliau.

"Kerana saya aktif saya masuk bertanding sebagai Timbalan Presiden parti kerana saya nak meneruskan perjuangan parti."


"Berjuang, dalam susah dalam senang kita berjuang. Tak timbul soal jawatan. Jawatan tu datang secara adanya. Jika kita menang kita mentadbir kita dapat jawatan. Masa 22 bulan itu takda jawatan tapi kita kuat.

"Adakah masa 22 bulan itu semua orang kecewa? Tak ada. Semua orang kuat."

"Tapi bila dah dapat jawatan pula nampak lebih tambah merosot prestasi. Macam mana? Saya tak merosot prestasi saya. 

"Macam mana orang kata saya tak dapat jawatan saya kecewa? Saya tak kecewa." ujar Mohamad.

-TunCarlos