Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Takkan perlu buat sidang media untuk dahulukan fronliners?" Najib jawab Khairy isu batal temujanji vaksin


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjawab kritikan Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin yang mendakwa beliau telah membatalkan temujanji untuk divaksinisasi.

Ini berikutan kritikan Najib di Facebook terhadap kadar pemberian vaksin terlalu lambat yang didakwanya tidak mencapai sasaran 150,000 hingga 160,000 rakyat sehari.

Hal ini kata Khairy, hanya dengan pendaftaran yang tinggi akan memungkinkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) P ini berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.


“Dalam pada Datuk Sri mempersoalkan jumlah yang ‘rendah’ ini, saya turut difahamkan Datuk Seri telah membatalkan temujanji vaksinasi yang ditetapkan kepada Datuk Seri pada 6 Mac, jadi saya berharap, Dato’ Sri dapat hadir pada temujanji yang akan ditetapkan sekali lagi nanti,” bidas Khairy di ruangan komen di posting tersebut.

Sejurus itu, Najib telah berkongsi keratan akhbar beberapa kenyataan daripada ahli-ahli politik yang juga turut membatalkan temujanji vaksinisasi untuk beri laluan kepada fronliners.



"Entahlah. Orang lain boleh memberi laluan kepada front-liners untuk dapat vaksin Covid dulu tapi saya tak boleh pulak. Mungkin saya perlu buat sidang media terlebih dahulu kot." bidas Najib.


Sambung Najib lagi, sebelum ini beliau telah beberapa kali kata bahawa kadar vaksinasi negara adalah terlalu perlahan dan kita perlu percepatkannya lagi agar Malaysia bebas Covid secepat mungkin.

Tapi menurutnya ada yang terasa pulak dan terlalu defensif walaupun ini adalah benda yang amat mustahak bagi negara dan rakyat.

Kata Najib lagi, ramai yang tak sedar bahawa PM8 dalam perutusan khasnya semalam telah umum peruntukan bagi program vaksinasi negara akan dinaikkan 66% ke RM5 bilion daripada RM3 bilion yang diluluskan dalam bajet 2021 walaupun menteri berkenaan pernah memberi kenyataan sebulan dahulu bahawa program vaksinasi dengan bajet asal RM3 bilion mampu diselesaikan pada akhir tahun ini.


"Tujuan kenaikan diumumkan PM8 ialah untuk mempercepatkan program vaksinasi untuk berakhir pada akhir tahun ini berbanding Februari 2022."

"Jika kritikan saya tak berasas, takde lah PM8 tiba-tiba naikkan bajet bagi vaksin sebanyak 66% semalam walaupun bajet asal hanya diluluskan beberapa bulan dahulu."

"Jangan defensif sangat."

"Prove all Malaysians (and me) wrong by speeding up and making sure we can meet the vaccination target of 80% of our population much earlier." kata Najib.

-TunCarlos