"Tiada lagi negeri kena PKP. Pak Menteri sila move on, jom bersidang" kata Zahid
KENYATAAN PRESIDEN UMNO:
Syukur Alhamdulillah, rentas daerah kembali dibenarkan bermula 5 Mac 2021 kecuali di Sabah. Rentas negeri belum dibenarkan.
Semoga kelonggaran ini sedikit sebanyak membantu mana-mana yang terjejas disebabkan sekatan itu.
Industri pelancongan misalnya. Namun saya pohon semua jangan terlalu ghairah dan alpa dengan kepentingan menjaga SOP.
Program vaksin mengambil masa sebelum mencapai imuniti kelompok. Risiko masih tinggi untuk dijangkiti.
Saya harap kebenaran pergerakan ini membantu urusan seharian terutama memacu semula ekonomi rakyat.
Ucapkan juga terima kasih kepada barisan anggota PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia siang malam menjaga sempadan daerah demi keselamatan kita.
Tidak lupa juga kepada petugas KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang selama ini bermati-matian mengendalikan pesakit Covid-19 dan barisan guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengendalikan pelajar secara PDPR.
Memandangkan tiada lagi negeri dikenakan PKP, agak-agaknya bila pula Parlimen boleh kembali bersidang?
Yang di-Pertuan Agong telah bertitah. Tanggapan Proklamasi Darurat menghalang Parlimen bersidang tidak tepat.
Pak Menteri sila 'move on'. Jom kita bersidang demi kepentingan rakyat dan negara. Inikan negara demokrasi.
Syukur Alhamdulillah, rentas daerah kembali dibenarkan bermula 5 Mac 2021 kecuali di Sabah. Rentas negeri belum...
Posted by Zahid Hamidi on Tuesday, 2 March 2021