Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Faisal digantung keahlian UMNO serta merta, tiga lagi belum diputuskan


KUALA LUMPUR- Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini telah bertindak menggantung keahlian seorang ahlinya.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberitahu Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz telah digantung keahlian.

Perkara itu diputuskan sebulat suara oleh MKT.

“Dalam meeting tadi okay? Semua nak tahu.

“Ada pemecatan? Takde.

“Takde pecat siapa-siapa.

“Ada seorang kena gantung kot.

“Tun faisal ke? I think so.


“Dira dengan Shahidan Kassim apa pasal? Takde pun.

“Seorang je? Seorang sahaja (digantung).

“Annuar Musa tiada”, kata Tajuddin ketika ditemui media selepas mesyuarat MKT di Menara Datuk Onn, malam ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tanpa menamakan individu yang digantung MKT sekadar mengesahkan surat penggantungan telah dihantar kepada individu berkenaan.

“Saya tak boleh nak kata lagi, adalah tak elok jika seseorang yang digantung itu mengetahui keputusan MKT dari media, siapa juga yang digantung elok dia sendiri surat yang dialamatkan kepadanya terlebih dahulu.


“Seorang tapi saya tak mahu sebut nama biarlah dia dapat surat penggantungan itu ia (surat) dihantar sebentar tadi.

“MKT buat keputusan (gantung) bersandarkan keputusan jawatankuasa disiplin parti.

“Individu itu digantung enam tahun atau dua penggal pemilihan ahli MKT, tapi saya tak sebut dia ahli MKT,” jelas Ahmad.

Pada 25 Februari lalu Tun Faisal diberi surat tunjuk sebab dan diarah hadir ke ke Tribunal Lembaga Disiplin parti itu.

Tun Faisal menjelaskan surat tunjuk sebab itu diberi atas alasan dia mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka.


Selain itu, Tun Faisal sebelum ini dilapor berkata Zahid hilang kredibiliti dan mengkhianati parti susulan dakwaan cuba membawa UMNO menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa sama Tun Faisal turut mempertahankan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang akhir-akhir ini turut dikritik sesetengah pemimpin UMNO kerana dilihat lebih memihak kepada Bersatu.

Dalam perkembangan sama, sebelum ini SuaraTV melaporkan malam ini MKT memutuskan keputusan penting antaranya memecat tiga ahlinya yakni Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Datuk Tun Faisal Abd Aziz.

Datuk Khaidhirah Abu Zahar (Dira)

Bagaimanapun usai mesyuarat, Dira mengesahkan beliau sehingga saat ini masih ahli UMNO.

“Mesyuarat MKT malam ini bincang topik perbahasan untuk PAU esok, tiada apa-apa.

“Saya masih ahli UMNO,” kata Dira sebelum beredar. 

-SuaraTV