"UMNO lemah tanpa PN? itu tak betul" -Tok Mat
Menjawab persoalan beberapa pihak yang mengatakan UMNO akan lemah jika bergerak tanpa Perikatan Nasional, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata perkara itu tidak benar.
Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Mat berkata kenyataan itu satu yang relatif, terpulang dari perspektif mana orang tu bercakap.
"Sebab UMNO tak jadi lemah ketika pembangkang, tapi kita tak jadi kerajaan. Tapi kita kuat cemerlang.
"Pilihanraya kecil kita menang. Kalau lemah, tak akan menang pilihanraya kecil. Masa tu belum ada PN."
"Macam mana kita boleh menuturkan bahawa tanpa PN kita akan lemah? Tak betul kerana sebelum ada PN pun kita jadi pembangkang pula tu, kita menang pilihanraya demi pilihanraya. Menang cemerlang.
"So kalau nak katakan tanpa PN kita lemah, maknanya UMNO terlampau bergantung kepada PN. Hidup kita jangan bergantung kat orang." ujarnya ketika dalam temubual secara Live bersama UMNO Online malam tadi sempena menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO pada 28 Mac 2021 ini.
Bicara hati YB Timbalan Presiden UMNO, menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2020. |
Mohamad juga menyeru agar UMNO bina kekuatan sendiri dan perkasakan parti demi rakyat.
"Kalau kita perkasa, orang akan bergantung kepada kita. Kalau kita kuat bak kata orang tua-tua, kalau ada madu di pucuk kelapa semut tempang pun naik ke atas."
"Kalau kita kuat orang akan datang jumpa kita. Kalau kita gagah kita perkasa orang akan datang untuk menjadi rakan kita.
"Jadi persoalan sekarang kita nak jadi gagah perkasa di atas diri kita ataupun kita nak kuat kerana menumpang kasih sayang orang?
"Hidup ni jangan sangat mengharapkan belai kasih orang. Jika tak dapat atau sesuatu terjadi, diri terluka yang amat.
"Bukan saya nak kata PN tak relevan, tapi kalau nak kata UMNO akan lemah tanpa PN saya rasa itu saya kurang yakin sikit lah." ujar beliau.
-TunCarlos