Video sekumpulan lelaki minta Najib "bom" isu ekzos motor di Facebook kini viral
KUALA LUMPUR: Menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta sudah menjadi rutin kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini menghadapi pelbagai tuduhan politik ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.
Walaupun begitu ia tidak sesekalipun mematahkan semangat beliau untuk memperjuangkan isu rakyat.
Beliau kini dianggap sebagai hero kepada orang ramai kerana apa yang diulas dan diperkatakan oleh beliau di media sosial terutamanya di Facebook seringkali mendapat perhatian daripada Kerajaan seperti isu pengeluaran wang KWSP, moratorium dan sebagainya.
Hari ini viral sebuah video sekumpulan lelaki menyapa beliau ketika sedang berjalan bersama pegawai dan pengawal peribadinya di dalam kawasan Mahkamah Duta.
Apa yang menarik mereka meminta bekas Perdana Menteri itu mengulas isu ekzos motor di Facebook.
"Bossku, kalau boleh isu pasal ekzos tu tolong bom sikit di Facebook." kata salah seorang lelaki di situ.
"Apadia?" tanya Najib dan tiba-tiba berhenti di situ.
"Ekzos bising, ekzos bising.."ulang lelaki itu lagi.
"Owh ekzos motor.." kata Najib.
Sejurus selepas itu Najib memuat naik video kejadian itu di Facebooknya. Ramai yang memuji sikap Najib yang berhenti seketika utuk mendengar keluhan orang ramai.
"Pagi ini, saya diminta ulas tentang ekzos motor. Apa isunya? Cerita sikit korang."kata Najib di Facebook.
Pelbagai komen dan imput telah diterima di bahagian komen dan kini sudah pasti ramai yang tunggu apa ulasan dan nasihat Najib mengenai isu tersebut.
Sebelum ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah melaksanakan operasi menyeluruh Ops Ubah Suai Ekzos bermula bulan ini termasuk di kawasan perumahan.
Pemilik kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 103 iaitu di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan)1959 (LN 170/1959).
Individu terbabit boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.
-TunCarlos
video: