Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

2,078 kes terbaru hari ini, 8 kematian


PUTRAJAYA – Sebanyak 2,078 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 377,132 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak melaporkan kes tertinggi sebanyak 589 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 457 kes dan Kelantan sebanyak 290 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur (153 kes), Sabah (125 kes), Johor (115 kes), Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (masing-masing 91 kes), Kedah (48 kes), Perak (43 kes), Pahang (32 kes) dan Melaka (27 kes).

“Negeri lain ialah Terengganu (lapan kes), Labuan (enam kes), Putrajaya (dua kes) dan Perlis (satu kes),” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini.


Beliau berkata, 14 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kumulatif kluster aktif sebanyak 340 kluster manakala, sebanyak 12 kluster tamat menjadikan 1,194 kluster ditamatkan. 

– K! ONLINE