Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

2,148 kes baru hari ini, tertinggi dalam tempoh lebih sebulan sejak Darurat



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 2,148 kes baru Covid-19.

Angka itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 41 hari, iaitu sejak 5 Mac lalu (2,145 kes).

Sarawak menyumbang kes baru tertinggi (512), diikuti Selangor (459) dan Kelantan (221).

Jumlah kes yang dilaporkan Sarawak (512) merupakan ketiga tertinggi yang pernah dicatat negeri itu.

Jumlah kes baru di Sabah (202) hari ini merupakan yang tertinggi sejak Februari.


Kes baru berdasarkan negeri:
Sarawak (512)
Selangor (459)
Kelantan (221)
Sabah (202)
Johor (182)
Kuala Lumpur (171)
Pulau Pinang (134)
Terengganu (57)
Melaka (53)
Perak (51)
Negeri Sembilan (34)
Pahang (34)
Kedah (26)
Putrajaya (8)
Labuan (3)
Perlis (1)

Angka ini diumumkan melalui akaun Twitter KKM. Laporan terperinci akan tersedia sebaik kenyataan rasmi dikeluarkan.