PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim, enggan mengulas kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Mohamed Azmin Ali, berhubung rakaman yang dikatakan perbualan antara beliau dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang tular selepas Perhimpunan Agung Umno 2020 baru-baru ini.
Azmin, yang juga bekas setiausaha sulit Anwar, baru-baru ini berkata beliau yakin suara dalam rakaman itu adalah suara presiden PKR itu.
“Itu pandangan dia (Azmin). Dia pasal audio dan video ni memang pandai,” kata Anwar pada sidang media.
Keyakinan Azmin Ali mengenai audio tersebut adalah berdasarkan pengalaman beliau sebagai individu paling rapat dengan Anwar dan juga sebagai bekas Setiausaha Sulit Presiden PKR itu sendiri.
“Saya sebagai pegawai yang telah berkhidmat dengan beliau sekian lama dan merupakan Setiausaha Sulit beliau, yakin itu adalah rakaman sahih yang akan dibuktikan melalui penyiasatan yang akan dilakukan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramadan Parlimen Gombak semalam.
-TunCarlos