Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dakwaan Zahid minta sokong Anwar, Shamsiah minta portal tarik balik berita dan mohon maaf




KUALA LUMPUR – Exco Wanita UMNO, Datin Shamsiah M Yassin menafikan pernah membuat kenyataan kepada portal Malaysia Now, Agenda Daily dan Malaysia Today yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memujuk sayap parti itu supaya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Lantaran itu, beliau meminta ketiga-tiga portal berkenaan menarik balik artikel yang disiarkan dan memohon maaf atas penipuan laporan tersebut.

”Saya tak pernah bagi statement kepada mana-mana pihak seperti yang dinyatakan portal Malaysia Now, Agenda Daily dan Malaysia Today. Saya cuma hadir sidang media DSSK (Datuk Seri Shahidan Kassim),” katanya dalam satu kenyataan ringkas.


Shamsiah berharap dengan penafian itu, Exco dan Ketua Wanita Negeri tidak perlu mempertahankan diri dalam menangkis artikel yang disiarkan oleh portal-portal berkenaan.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan memetik kenyataan Shamsiah sebagai berkata: “Dia (Zahid) suruh kami sokong Anwar. Kita kata ‘no way’. Dia suruh sebelum ni sokong Anwar, kita kata kita tak akan ambil Anwar

Kenyataan itu didakwa dibuat oleh Shamsiah semasa menghadiri sidang media oleh Shahidan selepas jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis digantikkan dengan Datuk Seri Azlan Man. 

– MalaysiaGazette