Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Fahmi Fadzil dipanggil polis, ada kaitan dengan Fahmi Reza


PETALING JAYA: Polis memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung kehadirannya di luar balai polis ketika seorang aktivis dibebaskan Sabtu lalu.

Fahmi, yang juga pengarah komunikasi PKR, berkata polis menghubungi pejabatnya, “tetapi tidak memberikan banyak butiran”.

“Ia ada kaitan dengan saya berada di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari Fahmi Reza dibebaskan daripada tahanan reman,” katanya kepada FMT.


Jumaat lalu, Fahmi Reza ditahan polis susulan satu laporan berhubung catatan kontroversinya di media sosial yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pereka grafik itu menghasilkan beberapa “playlist” Spotify yang seolah-olah mengejek Tunku Azizah berhubung komen di akaun Instagram peribadinya.

Susulan itu, beliau disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Keesokannya, beberapa orang dilaporkan berkumpul di luar IPD Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada Fahmi Reza yang dibebaskan pada 5.50 petang itu.

-FMT