"Gi bersih kubur arwah mak tu lagi bagus" Ummi Hafilda tegur Azmin
Saudara kandung kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali meminta Menteri Kanan tersebut agar tidak berlakon dan membuat publisiti murahan.
Ini berikutan posting Azmin di akaun media sosialnya yang menunjukkan beliau sedang membantu petugas Masjidil Haram mencuci lantai masjid tersebut. Azmin kini sedang berada di Arab Saudi di atas urusan rasmi.
"Jemin oh Jemin (nama manja Azmin)..ini bulan puasa tak payah berlakon untuk cheap publicity." kata Ummi.
"Kamu ke Saudi atas urusan rasmi alkonon dagangan dan mencari pelaburan ..bukan gi cuci lantai..di Mekah ada beribu pekerja professional depa dalam bab pencucian..tak yah drama sangat lah."
Ummi juga meminta Azmin membela rakyat kerana SOP yang dilaksanakan oleh Kerajaan hari ini terlalu caca-merba dan tidak diselaras dengan betul.
"Banyak lagi hal rakyat marhaen yg tidak terbela..even SOP COVID pun caca merba, Dua kasta tak leh diselaraskan. Sedangkan kamu menteri paling kanan, bukan pencuci lantai..agak agak lah"
"Tu belum lagi bab ekonomi hancus hancai..ramai pelabur besar lari ke Jakarta..apa cerita?"
"Gi bersih kan kubur arwah mak tu lagi bagus. Lagi afdal..cukup cukup lah berlakun berpuluh tahun" ujar Ummi mengakhiri postingnya di Facebook.
Untuk rekod, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Isnin sehingga 4 Mei 2021.
-Tun Carlos
Jemin oh jemin..ini bulan posa tak payah berlakun untuk cheap publicity. Kamu ke saudi atas urusan rasmi alkonon...
Posted by Ummi Hafilda Ali on Tuesday, 27 April 2021