Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenaikan harga barang, Tok Mat mula buka mulut




Harga Barang Naik Lagi! – Kerajaan Perlu Proaktif, dan bukannya Reaktif

Kenaikan harga barang sekali lagi melanda negara kita. Lebih-lebih lagi mendekati musim perayaan.
 
Rakyat terus terhimpit kerana pemulihan sektor ekonomi terus perlahan, kadar pengangguran yang tinggi serta isu ‘underemployment’ semakin kritikal. 

Jadi bila berlaku kenaikan harga barangan asas, kehidupan begitu ramai rakyat Malaysia menjadi sangat sukar.

Punca kenaikan harga selalunya adalah disebabkan peningkatan permintaan melebihi penawaran.

Adakah ini bermakna bekalan makanan negara tidak mencukupi? Dan jika mencukupi, setakat berapa lama lagi kecukupan itu akan bertahan. 




Inisiatif pemantauan dan penguatkuasaan harga makanan juga nampaknya tidak cukup efektif untuk mengatasi isu pembekal yang mengambil kesempatan menaikkan harga serta aktiviti monopoli. 

Yang lebih membimbangkan ialah kenapa Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) yang baru diumumkan dan akan dikuat kuasakan bermula 21 April hanya melibatkan 12 barangan kritikal? 

Adakah wajar untuk membiarkan rakyat terus terhimpit sementara menunggu kerajaan menyenaraikan barangan lain  dalam Skim tersebut. Kenapa perlu menunggu ketibaan hari perayaan untuk berbuat demikian? 

Kerajaan perlu berhenti dengan tindakan reaktif mereka. Tadbir urus yang proaktif sangat diperlukan untuk mengawal harga barangan asas supaya rakyat tidak terus terbeban dalam saat getir seperti sekarang.


Dasar kecukupan dan keselamatan makanan bukan sekadar untuk memastikan kecukupan bekalan tetapi juga memastikan harga makanan selari dengan kuasa beli rakyat. 

Kerajaan mesti dengan segera menyemak semula inisiatif Program Food Bank Malaysia yang bermatlamat meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan isi rumah B40 dan mereka yang memerlukan. Strategi terbaru dan insentif berpatutan perlu digunakan untuk mendapatkan komitmen daripada lebih banyak penyumbang termasuk pengilang, syarikat korporat dan pasaraya. 

Rakyat Malaysia terus melalui saat yang sukar demi kelangsungan hidup. Kerajaan sehingga saat ini gagal memberikan solusi tuntas dan segera.  

Dato Seri Utama 
Mohamad bin Haji Hasan

Harga Barang Naik Lagi! – Kerajaan Perlu Proaktif, dan bukannya Reaktif Kenaikan harga barang sekali lagi melanda...

Posted by Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan on Monday, 19 April 2021