Kerajaan nak pakai RM5 billion sahaja dari KWAN -Tengku Zafrul
Kerajaan akan menggunakan RM5 bilion daripada dana Kumpulan Wang Amanah Negara (Kwan) untuk membiayai program vaksinasi Covid-19.
Ini berjumlah 25.6 peratus daripada dana Kwan yang berjumlah RM19.5 bilion setakat 31 Disember 2020.
Pada sidang media di Putrajaya hari ini, Menteri Kewangan Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan bahawa wang itu hanya akan digunakan bagi program berkenan dan bukan tujuan lain.