Kes Covid-19 kluster pendidikan naik 83.3% , yang ada simptom tak perlu ke sekolah -Menteri
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan kluster Covid-19 membabitkan institusi pendidikan meningkat kepada 83.3% dalam tempoh seminggu.
Menterinya Dr Adham Baba, berkata sebanyak 12 kluster pendidikan direkodkan pada minggu sebelumnya namun meningkat kepada 22 kluster minggu lalu.
Sehubungan itu, beliau menyarankan pelajar yang mempunyai simptom tidak ke perlu ke sekolah.
“Pelajar yang ada simptom diminta duduk di rumah manakala ibu bapa yang kuarantin tidak perlu menghantar anak mereka,” katanya pada sidang media laporan mingguan berhubung Covid-19.
-FMT