Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mesyuarat MKT UMNO putuskan pemilihan di buat tahun ini, juga beberapa gesaan terhadap Kerajaan



KUALA LUMPUR, 25 April – Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini memutuskan beberapa ketetapan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa antara rasional utama yang dipertimbangkan termasuklah:

(i) Kerajaan tidak boleh dilihat cuba memandulkan amalan demokrasi berparlimen.

(ii) Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah medan semak dan imbang di kalangan wakil-wakil rakyat agar Kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan sesuka hati hingga membelakangkan kepentingan dan kebajikan rakyat yang hari ini berdepan dengan pelbagai kesukaran dan kesempitan melibatkan ekonomi, pengangguran, kos sara hidup rakyat dan harga barang yang meningkat.


(iii) Mesti ada akauntabiliti terhadap segala aspek kewangan negara termasuklah perbelanjaan wang rakyat, peningkatan jumlah hutang negara yang melangkaui 60% daripada KDNK (bertentangan dengan Akta Hutang Negara yang diluluskan di Parlimen), penggunaan buat kali pertama dalam sejarah Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang merupakan benteng terakhir negara untuk menghadapi keadaan sekiranya sumber asli negara kehabisan.

(iv) Keyakinan dan kepercayaan pelabur terutama dari luar akan terus terhakis sekiranya amalan demokrasi berparlimen ini digantung sehingga tiada lagi aspek good governance dari segi semak dan imbang dalam kerajaan.

(v) SOP khas harus dibangunkan bagi membolehkan persidangan Parlimen dan DUN dilakukan sebagaimana yang diamalkan di negara-negara seluruh dunia.


Ujar Ahli Parlimen Pontian itu juga, setelah begitu banyak laporan polis dilakukan, Mesyuarat juga mendesak melalui Menteri-Menteri Kabinet UMNO untuk Kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan kandungan buku karangan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk merujuk dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara MKN bagi meminta nasihat dan garis panduan bagaimana untuk UMNO menjalankan pemilihan parti pada tahun ini selaras mengikut peraturan dan SOP Covid-19.

– UMNO Online