Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Neelofa dan suami akhirnya minta maaf


9 APRIL: Selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor memohon maaf secara terbuka kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam penganjuran majlis pernikahannya pada 27 Mac lalu.

Usahawan dikenali Neelofa itu turut mengakui kesilapannya merentasi negeri dengan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu.

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz memohon maaf di atas kelemahan mereka kerana kurang menjaga sensitiviti masyarakat berhubung kedua-dua isu terbabit.

“Saya seikhlas hati memohon maaf atas kesalahan SOP sama ada dalam pengetahuan saya atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini,” katanya melalui rakaman video yang diedarkan kepada media, hari ini.


Pada masa sama, Neelofa berkata, dia dan PU Riz akan menerima dengan hati yang terbuka segala keputusan serta tindakan daripada pihak berkuasa.

Bekas pengacara Meletop dan suaminya mengemukakan permohonan maaf itu selepas kedua-duanya selesai memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung isu hangat diperdebatkan netizen sejak beberapa minggu lalu.

Pasangan itu selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, namun acara itu didakwa tidak mengikut SOP ditetapkan kerajaan.

Kemudian, isu pelanggaran SOP dilakukan Neelofa pula terus menjadi bualan hangat apabila dia dan suami dikesan bercuti di Langkawi, namun dinafikannya dengan menegaskan kunjungan itu atas dasar tuntutan kerja.

-PNBBC