Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rayuan SRC: Najib hanya tahu wang dalam akaun adalah baki sumbangan Raja Saudi


PUTRAJAYA: Najib Razak selama ini mempercayai bahawa wang dalam akaun Ambanknya adalah baki daripada sumbangan keluarga diraja Arab Saudi, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini ketika perbicaraan rayuan rasuah bekas perdana menteri membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC) bernilai RM42 juta.

Peguam Harvinderjit Singh, berkata sejumlah RM164 juta dipindahkan ke akaun baharunya selepas akaun lama yang digunakan untuk menerima sumbangan ditutup pada Ogos 2013.

“Dia percaya wang itu adalah sumbangan daripada Raja Arab Saudi,” katanya dalam penghujahannya bahawa Najib tidak mempunyai niat tidak jujur untuk menyebabkan kerugian kepada SRC.


Harvinderjit, bagaimanapun, berkata hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat kesimpulan yang salah apabila mendapati Najib bersalah kerana ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, memasukkan wang daripada SRC ke dalam akaun baharunya.

Katanya, pihak pendakwaan hanya menunjukkan pada akhir kes bahawa Low “masuk campur” dalam hal akaun Najib.

-FMT