"Saya tak terlibat cipta dan sebar audio Zahid-Anwar, hanya kongsi di beberapa group Whatsapp" -Tun Faisal
Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz berkata dia akan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencipta dan menyebarkan rakaman audio yang didakwa melibatkan Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.
"Datuk Seri Zahid, mari kita bersumpah. Untuk mempertahankan Presiden, team pencipta fitnah telah mencipta pelbagai fitnah. Salah satunya memfitnah saya terlibat mencipta audio Zahid-Anwar." kata Tun Faisal di dalam pautan Facebooknya hari ini.
"Untuk menghentikan polemik dan perbuatan tuduh menuduh ini, saya akan bersumpah atas nama Allah bahawa saya tidak terlibat mencipta audio Zahid-Anwar dan tidak terlibat dalam penyebarannya, melainkan hanya berkongsi dengan beberapa group WhatsApp bagi membuktikan saya BENAR dalam isu sokongan Zahid kepada Anwar dan mereka yang menafikan sokongan ini SALAH.
Kenyataan yang tular di Whatsapp mendakwa audio dicipta oleh Tun FaisaL (Gambar:FB Tun Faisal) |
"Saya juga akan bersumpah bahawa Surat Sokongan Zahid terhadap Anwar juga benar.
"Bagaimanapun, sebelum saya bersumpah, saya ingin menjemput Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bersumpah juga atas nama Allah bahawa suara dalam audio itu bukan suara beliau dan surat sokongan terhadap Anwar itu juga tidak benar dan beliau tidak terlibat dengan pemberian sokongan tersebut.
"Mari kita lakukan majlis bersumpah ini di Surau Ar Rahman PWTC. Saya akan menghubungi Datuk Sumali untuk aturkan majlis ini." ujar beliau.
Semalam, Zahid dan Anwar menafikan perbualan itu.
-TunCarlos