Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sayu tengok bapa hembuskan nafas terakhir akibat Covid melalui sidang video -Azlan Typewriter


Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang selepas mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut Azlan dia berasa sayu apabila hanya berpeluang melihat detik terakhir pemergian bapanya menerusi sidang video.

“Ayah saya meng.hembuskan nafas terakhir pada pukul 4.25 petang tadi (Rabu). Perasaan itu jadi sayu bila saya tengok sendiri Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

Azlan reda tidak dapat uruskan jenazah bapa.

“Pihak hospital beri kebenaran kami video conference dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video tersebut.


“Bila sampai fasa ini (tak boleh uruskan jenazah bapa sebab Covid-19), saya hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT,” katanya ketika dihubungi mStar.

Azlan berkata pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) penyakit berjangkit yang telah ditetapkan.

Perasaan itu jadi sayu bila saya tengok sendiri Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang yang memberikan sepenuh kerjasama yang baik dalam menguruskan jenazah bapa saya.


“Dalam laporan media sebelum ini, saya cakap Hospital Serdang kan, sebenarnya saya tersilap… arwah sebenarnya dirawat di Hospital Selayang.

“Biasalah kita jadi kalut bila berhadapan dengan perkara sebegini,” ujarnya

Tak dapat bertemu kerana SOP pihak hospital

Terdahulu Azlan memaklumkan pada kali terakhir dia bertemu bapa kira-kira sebulan lalu, beliau masih dalam keadaan sihat.

“Sebulan yang lalu, dia masih sihat dan kami meluangkan masa bersama seperti biasa. Memang keluarga saya ada sejarah penyakit kencing manis.”


“Tetapi tidak mengapalah, jika sudah masanya dia pergi saya ikhlaskan hati. Walaupun tidak dapat bertemu atau melawat beliau disebabkan SOP yang ditetapkan pihak hospital,”

“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini.” katanya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Jangan Khianati Aku berkenaan juga sempat berpesan bahawa berhati-hati dengan pandemik ini kerana C0vid-19 sememangnya wujud dan bukan agenda mana-mana pihak.

“Covid is real. Tak ada istilah agenda Yahudi atau apa. Berhentilah berspekulasi kerana bila terkena pada diri sendiri baru anda tahu perasaannya bagaimana,” jelasnya di hujung perbualan ketika ditemui di majlis berbuka puasa Indigital Music semalam (selasa).

Di sebalik kegusaran tersebut, Azlan sempat menitipkan rasa syukur kerana ahli keluarganya yang lain bebas dari sebarang gejala dan disahkan negatif daripada wab4k m4ut tersebut.

-MSTAR ONLINE