Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Steven Sim ambil tindakan undang-undang terhadap pensyarah UUM


Terkesan dengan dakwaan dibuat pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff, anggota Parlimen Bukit Mertajan Steven Sim membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, ia susulan tindakan Kamarul yang didakwa melemparkan tuduhan tidak berasas berterusan.

"Saya sebenarnya amat terkesan dengan fitnah dan tomahan Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadap diri saya. Namun saya tetap bersabar sebab saya menghormati bulan Ramadan sebagai bulan yang mulia buat umat Islam. Walaupun diminta orang ramai untuk mengambil tindakan, saya tidak buat apa-apa.


"Namun, beliau pula tidak berhenti-henti membuat tuduhan yang tidak berasas. Tuduhan-tuduhan tersebut bukan sahaja merosakkan nama saya sebagai seorang Ahli Parlimen, malah lebih bahaya lagi, mengapi-apikan sentimen kaum dan agama dalam masyarakat kita.

"Beliau dengan tanpa rasa kesal juga mencabar saya mengambil tindakan saman terhadap diri beliau," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu kontroversi melibatkan dua individu itu bermula apabila Kamarul menyenaraikan pelbagai kerja amal Sim dan memberi peringatan kepada umat Islam supaya berhati-hati menerima bantuan daripada "mubaligh Kristian".

Ia susulan tindakan Sim yang membantu seorang pemuda dengan menghadiahkan sebuah motosikal dan menjadi tular di media sosial.


Sim sebelum ini turut melahirkan rasa sedih kerana apa yang dilakukannya itu dijadikan isu perkauman dan agama susulan tindakan Kamarul.

Dia sebaliknya menegaskan sudah menjadi tugasnya sebagai wakil rakyat untuk membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Sementara itu tegas Sim, demi kemaslahatan masyarakat Malaysia tindakan undang-undang terhadap pensyarah itu akan diambilnya.

'Justeru, demi kemaslahatan masyarakat Malaysia dan sebagai teladan kepada semua agar menjaga keharmonian kaum di negara ini, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Kamarul Zaman Yusoff dan pihak lain yang terlibat," katanya.

sumber: MalaysiaKini