Syarat kaum untuk kokurikulum sekolah tidak patut berlaku lagi di Johor -TMJ
JOHOR BAHRU: Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail berkata, tindakan itu tidak selaras dengan Bangsa Johor yang memupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti untuk semua rakyat Johor.
“Saya telah bertitah kepada pengetua sekolah dan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Johor, bahawa kejadian ini tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di negeri Johor,” katanya di Facebook.
Tunku Ismail hari ini menerima mengadap Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Luar, Abdul Razak Hamid, Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abu dan Timbalan Pengarah JPN yang memangku tugas Pengarah JPN negeri, Sahilon Abd Halim.
-MalaysiaKini