Terdedah, Ismail Sabri dakwa PAU kali ini yang paling teruk dan Ketua Wanita menangis
PAHANG: Perhimpunan Agong UMNO 2020 yang baru saja tamat baru -baru ini adalah yang paling teruk, ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Tembak menembak yang paling kuat berlaku dalam sejarah, PAU yang paling teruk sekali saya rasa yng baru ni lah." ujar Ismail Sabri di hadapan ahli-ahli UMNO semasa program Bangkit 15 peringkat negeri Pahang.
"Paling teruk. Patutnya ucapan penutup memberi bekal kepada semua perwakilan bawak balik ke negeri apa yang patut kita buat untuk menghadapi pilihanraya.
"Sepatutnya seluruh bahagian duduk depan tv tengok nak dengar apa pesanan-pesanan yang patut diberi supaya kita boleh memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi."
"Tapi yabg berlaku dua hari, tembak ja. DAP sekali pun tak kena tembak. PKR sekalipun tak kena tembak. Yang kena tembak teruk, Menteri lah."
"Sebab itulah akhirya saya bawa robongan Mneteri dan Timbalan untuk meletakkan jawatan. Kita fikir waktu tu, tiada jasa dah kami Menteri ni. Dibantainya mereka. Depan belakang. Menteri cap ayam macam-macam"
"Dalam ucapan Ketua Puteri kata kita Menteri Cap Ayam. Kita pun Menteri. Ketua Wanita kena bantai. Menangis kesian dia."ujar beliau.
"Dari segi PAU itu hari, dua keputusan besar yang orang lupa. Yang pertama usul ada 5 usul. Usul yanG Kedua mengatakan bahawa kita menarik baLik sokongan pada kerajaan apabila parlimen dibubarkan.
"Itu usul tu maknanya Menteri tak payah berhenti sebab usul berkata menyokong sehingga PRU15. Usul itu tidak diPipnda, Kalaulah ada pindaan dia perlu bentangkan semula kepada perwakilan dan mesti disokong untuk pindaan.
"Tak ada dibuat. cuma bersorok berdiri suruh diri duduk bangun maca-macam. Suruh meniarap lah semua.
"Setiap kali perhimpunan Agung itulah kita kerja kita duduk bangun duduk bangun daripada dulu. Tapi yang pentingnya apa usul yang diterima itu akan menjadi dasar parti."Ujar beliau.
Menurutnya walaupun begitu, selesai saja PAU beliau mengetuai rombongan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berjumpa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan.
Tetapi mereka tidak jadi berbuat demikian dengan alasan telah dinasihatkan Perdana Menteri untuk tidak melepaskan jawatan.
-TunCarlos