Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tinjauan sokongan rakyat terhadap Muhyiddin bukti keyakinan kukuh terhadap PN -Mas Ermieyati



Sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin seperti ditunjukkan dalam tinjauan menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di landasan yang betul, kata Naib Ketua Srikandi Bersatu Mas Ermieyati Samsudin.

Mas Ermieyati berkata demikian ketika mengulas tinjauan Merdeka Center yang mendapati 67 peratus pengundi di Semenanjung Malaysia berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin.

Tinjauan ke atas 2,111 orang responden itu juga menunjukkan penerimaan terhadap Muhyiddin di kalangan orang Melayu adalah tinggi, iaitu 83 peratus diikuti Cina 30% dan India 66%.


"Hasil kaji selidik ini mencerminkan keyakinan kukuh pengundi terhadap prestasi Muhyiddin serta Kerajaan PN pimpinannya dalam menguruskan ekonomi negara serta kebajikan rakyat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, ia menepis segala persepsi yang dimainkan pembangkang bagi memburukkan kerajaan.

"Pembangkang kerap mengapi-apikan sentimen rakyat dengan pelbagai tohmahan dan gimik murahan untuk memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan.


"Bagi saya ini adalah untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Sebenarnya rakyat memperakui keprihatinan Muhyiddin dan Kerajaan PN dalam menjaga kebajikan mereka, disamping ketelusan dan integriti kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab," katanya lagi.

Mas Ermieyati berkata tinjauan itu membuktikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

Katanya, ia penting kerana kerjasama semua amat diperlukan bagi memastikan negara bebas daripada wabak berkenaan.