Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tuduhan salah guna kuasa ke atas Najib adalah salah di sisi undang-undang -Peguam


Pertuduhan salah guna kuasa berkaitan SRC International terhadap bekas perdana menteri Najib Razak adalah "salah" dan "menyalahi undang-undang (illegal)", menurut peguamnya Muhammad Shafee Abdullah.

Demikian hujah Shafee dalam rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Menurut Shafee, ini kerana Najib tiada kepentingan peribadi dalam SRC dan juga kerana satu proviso (syarat) dalam Seksyen 23(4) Akta SPRM 2009.

Seksyen 23(4) akta itu menyebut "seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang memegang jawatan dalam badan awam sebagai wakil suatu badan awam lain, yang mempunyai kawalan atau kawalan separa atas badan awam yang mula-mula disebut itu berkenaan dengan apa-apa perkara atau bedan yang dilakukan, atas sifatnya sebagai wakil sedemikian bagi kepentingan atau faedah badan awam yang satu lagi."


Satu daripada tuduh pertuduhan yang disabitkan kepada Najib adalah salah guna kuasa di bawah Seksyen 23(1) akta tersebut.

Seksyen itu menyebut, "mana-mana pegawai awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan."

Pertuduhan itu mendakwa Najib sebagai memastikan kabinet - menerusi dua mesyuarat di akhir 2011 dan awal 2012 - untuk meluluskan jaminan kerajaan terhadap pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC, dengan habuan berjumlah RM42 juta.

Selain sebagai perdana menteri, Najib ketika itu juga menteri kewangan, satu-satunya pemegang saham Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), dan penasihat emeritus SRC.

SRC adalah milik penuh MKD manakala KWAP di bawah Kementerian Kewangan.


Kata Shafee lagi, pertuduhan salah guna kuasa juga salah kerana keputusan untuk meluluskan jaminan kerajaan adalah keputusan bersama kabinet, bukan Najib sahaja.

Katanya, ia bertentangan dengan hujah pendakwaan yang Najib ada hasrat untuk membuatkan kabinet meluluskan jaminan tersebut, sebagai pertukaran kepada habuan RM42 juta.

"Saya katakan pertuduhan (salah guna kuasa) adalah salah, pertuduhan (di bawah) Seksyen 23 adalah salah dan menyalahi undang-undang (illegal).

"Apabila Najib berada dalam mesyuart kabinet, dia tak boleh berada di situ (seperti kesalahan dalam) Seksyen 23," katanya.

"Kabinet membuat keputusan bersama, bukan keputusan Najib selaku individu, perdana menteri, menteri keangan atau MKD," katanya lagi.

Dia juga berkata pertuduhan salah guna kuasa salah kerana ia dirangka secera meletakkan beberapa dakwaan kesalahan dalam satu pertuduhan.


Ia menyalahi keperluan perundangan bahawa satu pertuduhan jenayah hanya perlu menyatakan satu dakwaan kesalahan, katanya lagi.

Katanya lagi, ia menjejaskan usaha Najib untuk membuat pembelaan yang sewajarnya terhadap pertuduhan itu.

"Kedua-dua pihak - pendakwaan dan pembelaan - berada dalam kecelaruan ini kerana pertuduhan ini salah...kerana dua pertuduhan dimasukkan (fragmented) dalam satu pertuduhan. Pertuduhan ini boleh dipecahkan kepada dua.

"Oleh sebab ini saja Najib sepatutnya dibebaskan," katanya lagi.