Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

1.5 juta peniaga kecil gembira kerajaan tak laksana "total lockdown" -Azmin


KENYATAAN AZMIN ALI:

Saya maklum bahawa ramai rakyat mengeluh kenapa kerajaan tidak laksanakan 𝘡𝘰𝘡𝘒𝘭 𝘭𝘰𝘀𝘬π˜₯𝘰𝘸𝘯 sahaja bagi mengekang penularan COVID-19. 

Mungkin ramai yang terlepas pandang, jika 𝘡𝘰𝘡𝘒𝘭 𝘭𝘰𝘀𝘬π˜₯𝘰𝘸𝘯 seperti PKP 1.0 dilaksanakan semula, seramai 2.8 juta rakyat khususnya yang terdiri daripada golongan bekerja sendiri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro dan juga peniaga-peniaga kecil akan hilang pekerjaan. 

Saya lihat di media sosial, ramai yang berkongsi kisah serta keluhan mereka yang tidak lagi mampu meneruskan kehidupan sekiranya 𝘡𝘰𝘡𝘒𝘭 𝘭𝘰𝘀𝘬π˜₯𝘰𝘸𝘯 dilaksanakan. 

Bagaimana mungkin rakyat dapat meneruskan kehidupan mereka sekiranya mereka tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menanggung keperluan sekeluarga? 


Bagaimana dengan rakyat yang cuma bergantung kepada pendapatan harian? Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Apa yang perlu kita semua tahu adalah, purata isi rumah di Malaysia adalah seramai 4 orang. Jika 1 JUTA orang kehilangan pekerjaan bermakna 4 JUTA tanggungan akan terjejas. 

Oleh itu, mengambil kira isu tersebut, kerajaan sebulat suara bersetuju untuk TIDAK melaksanakan 𝘡𝘰𝘡𝘒𝘭 𝘭𝘰𝘀𝘬π˜₯𝘰𝘸𝘯 bagi mengimbangi kelangsungan ekonomi rakyat dan juga negara. 

Tempoh hari, saya juga ada menonton rangkuman di Buletin Utama TV3 yang mengatakan seramai 1.5 JUTA peniaga kecil gembira dengan keputusan kerajaan untuk tidak laksana 𝘡𝘰𝘡𝘒𝘭 𝘭𝘰𝘀𝘬π˜₯𝘰𝘸𝘯. 

Alhamdulillah, semoga dengan keputusan kerajaan yang telah dinilai secara menyeluruh ini, rakyat boleh meneruskan kegiatan ekonomi mereka dengan pematuhan SOP yang ketat bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.