Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

30 dukun Indonesia bersatu hantar sihir dan jin ke Israel



Konflik antara rakyat Palestine dan rejim zionis semakin hari semakin panas dengan kedua-dua belah pihak berbalas serangan bom dan roket.

Sedang masyarakat dunia memberi perhatian terhadap isu tersebut, seorang Youtuber Indonesia menunjukkan sesuatu sokongan "luar biasa" yang tidak terjangkau dek akal manusia.

Baru-baru ini, Kang Ujang Busthomi atau dikenali sebagai Ustaz HM Ujang Busthomi merupakan pendakwah bebas yang terkenal di Indonesia telah berkunjung ke satu kawasan di Indonesia untuk menyaksikan satu ritual dukun menghantar sihir dan roket ghaib ke Israel.



Menerusi video itu, Kang Ujang menyatakan bahawa dia telah menerima jemputan daripada sekumpulan dukun berkenaan.

Ketika lelaki itu bertanya apa yang sedang dibuat mereka, wakil dukun itu berkata bahawa mereka mewakili dukun nusantara untuk membantu Palestine.

Selain itu, bomoh terbabit turut memaklumkan mereka berniat untuk menyerang Zionis Yahudi secara ghaib dan sihir tersebut mengambil masa 2 hari untuk tiba di Israel.

Bukan itu sahaja, mereka juga menghantar jin untuk menjaga Palestine daripada dibedil bom regim zionis.


-AkuPapanKekunci