Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Akibat koyak, regim Zionis serbu Masjid Al-Aqsa selepas 12 jam gencatan senjata


TIDAK sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan, rejim Zionis bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid Al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.

Al-Jazeera melaporkan, sebaik selepas solat Jumaat, jemaah melaungkan slogan meraikan kemenangan gencatan senjata antara Hamas dan Israel.

Tidak tahan dengan keadaan tersebut, polis Israel kemudiannya bertindak melepaskan bom asap dan gas pemedih mata kepada jemaah dengan alasan untuk menyuraikan mereka.

Bahkan, mereka turut naik ke bumbung Masjid Al-Qibli serta mengacu senapang ke arah orang awam yang berada berhampiran.


Tindakan terbaharu itu membuktikan Zionis, sama juga seperti dahulu, tidak langsung menghormati gencatan senjata yang dipersetujui Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza

Terdahulu, laporan agensi berita Turki Anadolu melaporkan ribuan warga Palestin dari wilayah Timur Baitul Maqdis membanjiri kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa sejak pagi Jumaat untuk meraikan gencatan senjata.

Gencatan senjata itu berkuatkuasa pada hari Jumaat, jam dua pagi waktu tempatan, susulan 11 hari serangan udara rejim Zionis ke atas Gaza.

-Awani