Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bill Gates dan isteri sah bercerai


PENGASAS bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates mengumumkan perpisahan dengan isterinya, Melinda selepas 27 tahun bersama.

Dalam satu kenyataan bersama di Twitter, pasangan itu memaklumkan sudah tiada lagi persefahaman.
Keputusan itu diambil setelah perbincangan mendalam diadakan.

Bagaimanapun, Bill dan Melinda menegaskan akan terus bekerjasama dalam Yayasan Bill dan Melinda Gates dalam membantu mereka yang memerlukan.




Pasangan ini bertemu pada akhir 1980-an ketika kedua-duanya bekerja di Microsoft. Melinda kemudian berkahwin dengan lelaki keempat terkaya di dunia itu pada 1994.

Pasangan itu dikurniakan tiga anak.Yayasan Bill dan Melinda Gates telah menderma sekurang-kurangnya AS$1.75 bilion untuk program mengekang wabak COVID-19.


-AstroAwani