Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

COVID-19: Kes kematian "Brough In Dead" makin meningkat, KKM senarai 3 senario kematian


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kes kematian Brought In Dead (BID) semakin meningkat. Berikut contoh tiga senario yang mungkin berlaku.

Senario 1 Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan COVID19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Senario 2 Didapati positif COVID-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke PKRC atau hospital.

Senario 3 Hilang deria rasa dan sangat letih tapi tidak mengambil serius gejala-gejala ini.
Hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah. 


3 senario ini dikongsi Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi.

Oleh itu , KKM menasihatkan agar semua duduk di rumah. Keluar hanya perlu (bekerja atau beli barang keperluan) dengan patuh sepenuhnya SOP. 

Jika bergejala, buat ujian saringan untuk rawatan awal.




sumber: FB KKM