Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

COVID-19: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO kini kritikal di ICU


PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd. Hamid dilaporkan kritikal akibat dijangkiti wabak pandemik Covid-19.

Beliau kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) d Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Datuk Seri Rizuan Abd. Hamid

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memberitahu perkembangan terkini Rizuan selepas disahkan positif pada 1 Mei lalu.

“Maklumat tentang Rizuan kena Covid-19 itu benar. Statusnya di ICU juga benar,” demikian pengesahannya kepada sebuah portal berita.


Namun, beliau memaklumkan tiada sebarang maklumat mengenai isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad yang dilapor turut menerima rawatan di ICU di hospital sama.

Terdahulu, Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diarahkan menjalani kuarantin di PPUM pada 3 Mei.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU pada hari yang sama. 

-UTUSAN ONLINE