Hamzah tak dapat hadir majlis serah tugas KPN baru, alasan ada mesyuarat MKN
Menteri Dalam Negeri merakamkan penghargaan kepada Abdul Hamid Bador atas sumbangannya selama menjadi ketua polis negara.
Hamzah Zainudin, melalui teks yang dibacakan oleh timbalannya Ismail Mohamed Said, turut mengucapkan tahniah kepada penggantinya Acryl Sani Abdullah Sani.
“Saya yakin Acryl Sani mampu pikul tanggunghawab dengan sebaiknya demi kepentingan warga PDRM,” katanya.
Hamzah tidak dapat hadir dalam majlis serah tugas ketua polis negara hari ini kerana menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut Ismail.
Hamzah dalam ucapannya bagaimnapun tidak menyentuh berkaitan dakwaan terbuka Hamid bahawa terdapat campur tangannya dalam pasukan polis.
Mengkritik keras, Hamid minggu lalu tanpa berselindung mengaku dia mempunyai hubungan tidak baik dengan Hamzah susulan campur tangan politik itu.
-MalaysiaKini