Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

IKEA minta pelanggan pulangkan semula set HEROISK dan TALRIKA yang dibeli



Pasaraya terkemuka dunia, IKEA dalam satu kenyataan media sebentar tadi meminta para pelanggannya supaya segera menghentikan penggunaan pinggan, mangkuk dan mug HEROISK atau TALRIKA dan hadir ke mana-mana cawangannya untuk membuat tuntutan semula.

Dalam kenyataan tersebut, IKEA memaklumkan bahawa mereka menarik balik produk berkenaan daripada pasaran disebabkan ada laporan produk-produk tersebut berisiko untuk pecah dan berpontensi menyebabkan kesan lecur akibat kandungan bahan yang panas.

Biarpun kesemua produk yang dinyatakan telah pun diuji dan mematuhi semua piawaian yang ditetapkan, pihaknya telah menerima aduan kerosakan produk-produk berkenaan. 


Bagaimanapun setakat ini, tiada insiden serupa dilaporkan di Malaysia.

IKEA turut memaklumkan bahawa pelanggan yang telah membeli produk HEROISK atau TALRIKA boleh memulangkannya kembali di mana-mana cawangan IKEA untuk mendapatkan bayaran balik. Malah, resit bukti pembelian juga tidak diperlukan dalam proses ini.

Pihak IKEA juga memohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas dengan makluman ini.

-SiakapKeli