Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kereta terputus dua dipanah petir di Kelantan, seorang maut



KOTA BHARU – Seorang maut dalam kejadian sebuah kereta dipanah petir di Simpang Empat, Kampung Sireh di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang berada di kawasan itu dipanah petir. Juga dilaporkan terdapat serpihan mercun berada dikawasan kejadian. 

Katanya, selain itu, lima buah kenderaan turut terlibat dalam kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati, sebuah kereta terputus dua dipercayai dipanah petir dan seorang mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.








Terdahulu, tular di media sosial video dan gambar yang memaparkan kejadian lima buah kereta terbakar di kawasan Simpang Empat, Kampung Sireh di sini.

Insiden itu menunjukkan keadaan kereta yang sedang terbakar, namun tiada kelihatan mangsa terlibat. 

video ditempat kejadian:

– K! ONLINE