Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes Neelofa, netizen keliru dengan kenyataan IPD Brickfields


Satu Malaysia ternanti-nanti dan ingin tahu apakah perkembangan tentang kes selebriti terkenal Neelofa dan keluarga beraya bersama. Siasatan mula dijalankan pihak polis selepas sebuah video telah dimuat naik di Twitter nak menjadi viral.

Difahamkan video itu pada mulanya dimuat naik oleh kakak Neelofa, Nabila namun kemudian dipadam tetapi netizen sempat screenshot dan upload semula di Twitter. Semalam, Neelofa dan 9 lagi ahli keluarganya dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di mana keterangan mereka telah diambil.

Bagaimanapun, sebentar tadi Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung siasatan kes perlanggaran SOP melibatkan selebriti itu dan keluarganya.


Hal itu mendapat kenyataan netizen serta merta kerana terkejut dengan kenyataan tersebut di mana polis berkata pergerakan dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibenarkan memandangkan ia dikira sebagai satu kawasan jangkitan.

Disebabkan itu, kecoh di media sosial yang mendakwa ziarah raya dibenarkan pada 1 syawal.

Berikut adalah kenyataan media  tersebut:



 

Tukar SOP? Kes dah selesai?

Melalui thread di Twitter itu, hal itu telah menaikkan kemarahan ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka tentang perubahan SOP tersebut. Malah kebanyakannya memuat naik screenshot dan mempertikaikan tentang SOP seperti yang diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri sebelum Hari Raya tempoh hari.


Terkini, Ketua Polis Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan bagi menepis dakwaan orang ramai yang mendakwa polis membenarkan ziarah raya pada 1 Syawal.

Pergerakan di dalam satu kawasan KL boleh, tapi untuk ziarah raya tak boleh!

Mengambil serius mengenai pelanggaran SOP PKP, Dato’ Azmi menjelaskan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah membuka kertas siasatan bagi dakwaan ziarah raya yang dilakukan oleh ahli keluarga selebriti tersebut.


“Kertas siasatan telah lengkap dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat,” tambahnya.

Dato’ Azmi memberikan penerangan bahawa sebarang aktiviti adalah tidak dibenarkan. Malah, pergerakan merentas sempadan negeri dan daerah juga tidak dibenarkan melainkan mendapat keizinan PDRM.

Dalam pada itu, Dato Azmi juga menjelaskan bahawa pergerakan di dalam kawasan sama adalah dibenarkan. Namun begitu, beliau menegaskan bahawa aktiviti ziarah tetap tidak dibenarkan.






sumber: LobakMerah