SIBU: Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa rakannya di Lorong 9, Permai kelmarin (6 Mei).
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.
"Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Laporan mengenai kejadian diterima sekitar pukul 7:00 malam. Menurutnya lagi, tempat kejadian merupakan rumah sewa lima rakannya, manakala dia tinggal di rumah transit di IPD Sibu.
Dia yang berasal dari Pahang baharu sahaja bekerja lebih kurang satu bulan setengah di sini. "Sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa," jelas Stanley lagi Konstabel berkenaan mempunyai isteri dan seorang anak berusia setahun.
Tambah beliau kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ringkasan :
1. Saspek dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah Simati sebelum tertekan picu dan tertembak ke arah sebelah kanan kepala Simati.
2. Ketika kejadian, saksi sedang mencuci motorsikalnya di luar rumah manakala Simati sedang duduk bermain game di ruang tamu.
3. Saspek pula berada di dalam biliknya dan keluar ke ruang tamu sambil bergurau mengacukan pistolnya kearah Simati sebelum tertembak Simati.
sumber: HMetro, Hlazdrop