Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lima anggota pengganas Abu Sayyaf berjaya ditembak mati di Beaufort


Kota Kinabalu, 18 Mei 2021 - Polis Sabah melumpuhkan kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG) selepas menembak mati lima lelaki di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, semua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah yang menjalankan operasi Ops Khas.




Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Hazani Ghazali berkata, seorang daripada suspek adalah 'sub leader' kumpulan pengganas itu dikenali sebagai Mabar Binda, yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh Kerajaan Filipina.

Beliau berkata, tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno, manakala seorang lagi belum dikenal pasti namanya, dan semuanya berusia antara 20-an hingga 40-an.


-BHonline