Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Makin meningkat, 6,806 kes baru hari ini


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 6,806 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini dan 59 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ni kepada 492,302 kes.

Ini merupakan hari kedua berturut-turut jumlah kes baru mencatatkan rekod tertinggi dan melepasi paras 6,000.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,967 kes baru - iaitu 43 peratus - dilaporkan di Lembah Klang.

Perincian lanjut berkenaan perkembangan Covid-19 akan diperolehi selepas KKM mengeluarkan kenyataan petang ini.


Pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor - 2,277 
Kuala Lumpur - 655
Johor - 615
Sarawak - 608
Kelantan - 426
Kedah - 417
P Pinang - 362
N Sembilan - 291
Perak - 248
Sabah - 245
Terengganu - 233
Melaka - 212
Pahang - 157
WP Putrajaya - 35
WP Labuan - 17
Perlis - 8