Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib selesai bayar kompaun, warga Pejabat Kesihatan teruja kedatangan beliau


Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini telah selesai membayar kompaun di atas kesalahan melanggar SOP ketika beliau dan rombongannya makan di sebuah kedai nasi ayam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kehadiran beliau di pejabat Kementerian Kesihatan Lembah Pantai petang tadi telah membuatkan suasana di tempat tersebut ceria kerana ramai warga pekerja di situ keluar bersorak memanggil nama beliau dan melambai-lambai ke arahnya.

"Assalamualaikum, saya datang bayar kompaun. Nanti baru ambil gambar ye" ujar Najib.


Assalamualaikum. Saya datang bayar kompaun. Nanti baru ambil gambar yer. 😂

Posted by Najib Razak on Tuesday, 11 May 2021

Najib juga mengaku bahawa beliau telah membuat silap kerana tidak scan suhu dan MySejahtera.

"Saya silap itu hari tak scan suhu. Saya mengaku sendiri. Saya terima denda. Tak mahu ada double standards. Mereka itu saya tak tahulah." kata Najib lagi. 

Bayar kompaun. Saya silap itu hari tak scan suhu. Saya mengaku sendiri. Saya terima denda. Tak mahu ada double standards. Mereka itu saya tak tahulah.

Posted by Najib Razak on Tuesday, 11 May 2021

Ok bye. Dah bayar kompaun.

Posted by Najib Razak on Tuesday, 11 May 2021
Pengurus Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Yeok Wei Hao juga telah berjaya membayar kompaun RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) hasil sumbangan yang diraih oleh sekumpulan Pemuda UMNO diatas rasa tanggungjawab, kerana berasa bersalah atas ada kemungkinan telah mengegaskan pergerakan Datuk Seri Najib ketika itu, hingga menjadi faktor kelalaian keatas SOP.

Suasana di kedua-dua blok pejabat kesihatan menjadi gamat apabila Najib ingin berangkat pulang. Kelihatan ramai warga staff di sana melambai-lambat seolah-olah merindui bekas Perdana Menteri itu.

"Salam 1Malaysia Salam Raya guys!!Saya juga rindu saudara-saudari semua."ujar Najib.

-TunCarlos

Video suasana di Pejabat Kesihatan ketika Najib bergerak untuk pulang: