Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Pergi Melaka membeli cincau" sindiran halus wartawan ketika sidang media Menteri tular


Sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang disampaikan Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin telah mengumumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Aidilfitri nanti.

Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di enam daerah di Selangor dan larangan merentas negeri sehingga 17 Mei 2021 menjadi tajuk perbualan di media sosial.

Menerusi sesi soal jawab wartawan dengan Ismail Sabri, seorang wartawan telah menyuarakan kegusaran mengenai rentas negeri melibatkan orang kenamaan.


Soalan beraninya yang diselitkan sedikit sindiran halus mendapat perhatian warganet sehingga tular di laman sosial selepas ada akaun Twitter yang memuat naik kembali sedutan sesi soal jawab itu.

Kenyataan tersebut keluar semasa wartawan tersebut bertanyakan perihal aktiviti merentas negeri sama ada wujud pengecualian terhadap orang-orang kenamaan atau terkenal seperti yang berlaku sebelum ini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah ‘bersorak’ dengan kenyataan berani wartawan itu kerana seakan terwakili apabila melihat beberapa isu tular berkenaan rentas negeri beberapa waktu kelmarin.





Sidang media yang bersiaran secara langsung jam 5 petang tadi telah membentangkan SOP untuk hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma minggu hadapan.

Disebabkan kes positif pandemik semakin meningkat, beberapa daerah di Selangor dikenakan PKP dan rentas negeri masih tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas beberapa sebab mustahak.

video:
Sumber: OhMedia