PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 terus melonjak dengan satu lagi rekod dicatatkan apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 9,020 kes baharu Covid-19.
Ini adalah rekod baharu berbanding rekod tertinggi 8,290 kes yang dicatatkan semalam.
Ini menjadikan keseluruhan 558,534 kes Covid-19 dilaporkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 2,836 kes.
Ia diikuti Kelantan (907), Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789), Sarawak (726), Johor (468), Kedah (468), Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216), Terengganu (189), Putrajaya (29) dan Perlis (19).