Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Senarai perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi dalam Lockdown 2.0



KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang turut melibatkan senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat 17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang akan bermula 1 Jun ini.

Jelas beliau, bagi tempoh pengoperasian pula, semua operasi perniagaan hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja.


Perkhidmatan perlu

1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan

2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar

3) Air

4) Tenaga

5) Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan

6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan

7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara

8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi

9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)

10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal

11) Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)

12) E-dagang dan teknologi maklumat

13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir

14) Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)

15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal

16) Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar

17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

Bagi sektor perkilangan pula hanya 12 perkhidmatan penting dibenarkan dengan kapasiti pekerja hanya 60 peratus sahaja.


Pembuatan

1) Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul - MRO)

2) Makanan dan minuman

3) Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan

4) Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci

5) Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet

6) Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan
keselamatan kebakaran

7) Komponen bagi peranti perubatan

8) Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)

9) Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia

10) Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja

11) Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja

12) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi

1) Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya (contohnya kedai yang menjual baja
dan racun/kilang memproses buah sawit adalah dibenarkan untuk beroperasi)

2) Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)

3) Pembinaan
- Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
- Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).


Perdagangan Pengedaran

1) Kompleks membeli-belah ditutup kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.

2) Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan
kedai runcit serta departmental store dibuka terhad kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja

3) Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan

4) Dobi (termasuk layan diri)

5) Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan

6) Kedai cermin mata dan barang optik

7) Kedai hardware

8) Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti

9) E-dagang (semua kategori produk)

10) Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)