Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Serang bangunan media, Israel akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa


MOSCOW: Palestin merancang untuk membawa kes serangan Israel terhadap pejabat agensi media di Semenanjung Gaza ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata Duta Besar Palestin ke Rusia Abdel Hafiz Nofal kepada agensi berita Sputnik.

“Kami akan mengemukakan pertanyaan ini dan pertanyaan lain, kerana serangan Israel ke atas Gaza adalah satu jenayah dan kami akan melakukannya,” kata Nofal.


Serangan udara Israel baru-baru ini meruntuhkan bangunan 15 tingkat di Semenanjung Gaza yang menempatkan pejabat agensi media antarabangsa, termasuk The Associated Press dan Al Jazeera.

The Reporters Without Borders, sebuah organisasi bukan kerajaan, meminta ketua pendakwa ICC Fatou Bensouda untuk menyenaraikan serangan udara Israel terhadap pejabat cawangan media di Semenanjung Gaza dalam siasatannya.

-FMT