Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Kemalangan melibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya, ramai penumpang cedera


Beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dilaporkan cedera dalam satu kejadian dipercayai akibat tren brek bertembung melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

Pasukan penyelamat dalam perjalanan ke sana. Belum dapat disahkan bilangan penumpang cedera. Menurut Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataannya sebentar tadi.

Ketika ini kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan. 

Prasarana Malaysia Bhd memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya berdepan insiden melibatkan dua buah tren.

"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

"Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan," katanya dalam satu kenyataan.















[maklumat lanjut menyusul]