Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Video Tun Mahathir didakwa langgar SOP jadi tular


Hari ini viral satu video yang menunjukkan bekas Perdana Menteri TUn Dr Mahathir Mohamad melanggar kesalahan SOP ketika menghadiri satu majlis di Langkawi.

Majlis yang diadakan di Surau Tsunami Batu Arang Kuala Teriang dan Surau Kampung Lubuk Setul itu adalah bertujuan bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Walaupun begitu telah tular video Tun Mahathir gagal mengimbas suhu dan MySejahtera ketika memasuki kawasan surau tersebut walaupun di situ disediakan alat pengimbas suhu dan juga kod imbasan MySejahtera.


Video tersebut telah mendapat pelbagai kecaman dari netizen dan mereka meminta pihak berkuasa tidak melepaskan sesiapa yang melanggar SOP walaupun bekas Perdana Menteri sekalipun.