Wanita Islam mengaku tak suka solat, Mufti Kelantan minta pihak berwajib siasat (VIDEO)
Kota Bharu: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta pihak berwajib menyiasat dakwaan seorang wanita beragama Islam tidak pernah sembahyang dan tidak tahu mengambil wuduk seperti video tular di media sosial, hari ini.
Katanya, penguat kuasa agama amnya perlu menyiasat mengapa wanita itu mengeluarkan kenyataan sedemikian yang bertentangan dengan ajaran Islam.
"Dalam Islam, kita tidak boleh membuat kenyataan yang tidak baik dan menceritakan keburukan diri kepada orang ramai terutama di media sosial
"Harap ada pihak yang berautoriti akan memberi nasihat kepada wanita itu supaya dia dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. Sebagai orang Islam kita perlu saling memberi nasihat untuk ke arah kebaikan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohamad Shukri berkata, umat Islam juga tidak boleh berbangga dengan perlakuan buruk dan negatif.
Beliau turut menasihati orang ramai agak tidak menularkan video mengenai wanita itu yang berkemungkinan jahil dalam beragama.
"Tidak perlu tularkan video itu kerana (jika dikongsi) seolah-olah menyokong perbuatan dia (wanita itu)," katanya.
Video bukti (jangan tular)
-Harian Metro