Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

AirAsia Food promosi hidangan harga 1 sen


Airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga satu sen sahaja untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa yang terhad.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata para pelanggan boleh menebus hidangan satu sen mereka dengan menggunakan kod promosi 1SENKL bagi yang berada di kawasan Lembah Klang, dan 1SENPG untuk pelanggan yang berada di Pulau Pinang pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.

Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.


Ketua e-dagang Airasia super app Lim Ben Jie berkata promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia yang terus menyokong airasia food dan syarikat berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih di airasia food.

"Kami yakin bahawa promosi masa terhad ini akan menarik perhatian ramai, jadi kami menggalakkan para pelanggan untuk memuat turun airasia super app sekarang sebagai persediaan untuk memesan hidangan satu sen ini di lokasi pilihan anda.

"Kami juga berbesar hati kerana airasia food dapat membantu pengusaha restoran dan peniaga yang berdaftar dengan kami, di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik untuk para pelanggan kami," tambah beliau.

Ini juga adalah satu peluang untuk syarikat menghargai komuniti yang terus menyokong sejak pelancaran airasia food pada bulan Mei 2020.

- Bernama