Budak 12 dan 14 tahun berbalas tembakan dengan polis gamparkan AS
AMAT sukar untuk bayangkan pihak polis di Florida, Amerika Syarikat (AS) terpaksa berbalas tembakan dengan dua kanak-kanak iaitu Travis O’Brien and Nicole Jackson masing-masing berusia 12 dan 14 tahun menggunakan senapang jenis AK-47 selepas menemuinya di dalam rumah mereka pecah masuk, lapor beberapa media tempatan.
Kanak-kanak lelaki dan wanita itu bertindak melepaskan tembakan ke arah pihak polis dalam cubaan melakukan rompakan bersenjata dalam tempoh 30 minit.
Pejabat Sheriff Daerah Volusia mengatakan kedua-dua kanak-kanak itu kini berdepan dengan tuduhan cubaan untuk membunuh pegawai penguat kuasa serta rompakan bersenjata.
Dalam kejadian di Enterperise Osteen Road itu, penduduk mendakwa terdengar seperti bunyi tingkap pecah sebelum polis bertindak melakukan pemeriksaan ke rumah tersebut.
Menurut pemilik rumah itu, terdapat beberapa jenis senjata api disimpan termasuk selaras AK-47, shotgun, pistol dan 200 biji peluru.
Syerif Mike Chitwood berkata, insiden itu berlaku sekitar pukul 8:28 malam apabila anggota polis, Sarjan Donnie Maxwell menerima tembakan daripada dua kanak-kanak tersebut, tetapi tidak membalas tembakan itu.
Mengepung rumah
“Pada pukul 8:31, salah satu daripada unit kami turut tembakan, dan dua minit selepas itu, satu lagi unit kami yang mengepung rumah tersebut melaporkan bahawa tembakan turut dilepaskan ke arah mereka.
“Pukul 8:40, kanak-kanak 14 tahun itu keluar daripada kediaman tersebut dan mengugut untuk membunuh Maxwell. Pada pukul 8:45, kanak-kanak 12 tahun pula melepaskan tembakan ke arah pihak polis menggunakan Ak-47,” jelas Chitwood.
Biarpun pihak berkuasa cuba untuk mengawal keadaan tersebut dengan mencampak telefon bimbit ke dalam rumah untuk berkomunikasi dengan dua kanak-kanak tersebut, namun ia tidak berhasil.
“Dia (suspek) keluar melalui garaj rumah dan menghalakan senapang ke arah kami. Kami mengarahkannya untuk menjatuhkan senapang tetapi kanak-kanak tersebut masuk kedalam rumah sebelum keluar kembali. Ketika itu, pihak kami melepaskan tembakan ke arah mereka selepas diserang beberapa das tembakan,” tambah Chitwood.
Kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun itu dilaporkan menerima dua das tembakan di bahagian dada dan lengan dan dilaporkan stabil setelah diberikan rawatan kecemasan manakala kanak-kanak berusia 12 tahun itu pula menyerahkan dirinya kepada pihak berkuasa setelah rakannya terkena tembakan.
Dua kanak-kanak itu didakwa telah melarikan diri dari rumah anak yatim. Tiada rekod jenayah lampau terhadap kanak-kanak lelaki 12 tahun, tetapi dia pernah mengugut untuk membunuh salah seorang pelajar di sekolah yang sama.
Kanak-kanak 12 tahun itu memberi tahu polis bahawa kawannya mengarahkan mereka menembak polis seperti aksi dalam permainan video Grand Theft Auto.
Manakala, kanak-kanak perempuan 14 tahun itu pula pernah dilaporkan hampir membakar sebuah rumah dengan menyalakan api di kawasan berkayu berdekatan pada April lalu.
Menurut polis, senjata AK-47 yang berada di dalam rumah tersebut masih belum dipasang dengan sempurna, tetapi kanak-kanak tersebut berjaya memasangnya.
Rumah anak yatim tersebut telah diarahkan ditutup dan disiasat.
video: rakaman dari kamera badan polis ketika kejadian
video: Laporan Berita kejadian
-UtusanTV/TunCarlos